Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah Agung Venezuela telah menggesa Dewan Undangan Nasional untuk menarik semula imuniti Juan Guaido yang selama ini menghalang sebarang bentuk pendakwaan dibuat ke atasnya.
Dalam keputusan yang diisukan pada hari Isnin, Hakim Mahkamah Agung, Maikel Moreno, meminta penggubal undang-undang untuk membatalkan kekebalan yang dipegang Guaido sebagai anggota Dewan Negara sekalipun badan pembangkang telah dibubarkan sebelum ini.
Keputusan mahkamah itu dikeluarkan berikutan pelanggaran Guaido terhadap larangan perjalanan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Agung pada bulan Januari lepas.
Larangan perjalanan itu dikenakan ke atas Guaido atas peranannya dalam apa yang disifatkan sebagai "jenayah serius yang mengancam kestabilan perlembagaan."
Tokoh pembangkang itu telah melawati Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador , dan Paraguay antara akhir Februari dan awal bulan Mac. -Press TV
2 April 2019 - 14:43
News ID: 935417
Mahkamah Agung Venezuela telah menggesa Dewan Undangan Nasional untuk menarik semula imuniti Juan Guaido yang selama ini menghalang sebarang bentuk pendakwaan dibuat ke atasnya.